Pindahman ialah platform perkhidmatan penghantaran berasaskan aplikasi di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penghantaran atas permintaan, penghantaran pada hari yang sama dan pesanan di hadapan, serta perkhidmatan pengangkutan barang.
Isnin-Jumaat: 09:00 pagi hingga 05:00 petang
Sabtu: 09:00 pagi hingga 01:00 petang
Sunday & Public Holiday: closed
Pindah rumah atau pindah office adalah proses yang menyeronokan tetapi kita akan menjadi sangat penat dan menghadapi kerja yang teramat mencabar. Salah satu perkara yang mencabar semasa pindah rumah atau pindah office ialah proses mengangkut barang-barang kita.
Jom kita membincangkan tentang tips yang penting untuk membantu anda menjalani proses perpindahan dengan lancar dan mudah dengan Pindahman.
Tahukan anda kelebihan jika kita memilih untuk pindah rumah menggunakan Pindahman? Banyak kelebihan dengan memilih Pindahman berbanding dengan kita mengangkat sendiri guna kereta kita satu per satu yang agak mencabar dan melelahkan.
Membolehkan anda mengangkut semua barang dalam satu perjalanan, menjimatkan masa dan tenaga.
Harga Pindahman boleh menjadi lebih ekonomi berbanding membuat beberapa perjalanan dengan kenderaan peribadi atau menggunakan perkhidmatan pindahan yang lebih mahal. Tiada kos yang tersembunyi. Semua tertera di aplikasi Pindahman. Dalam beberapa kes, kos harga Pindahman boleh dirancang dengan teratur dan lebih efisien.
Pindahman juga ada menyediakan bantuan tambahan manpower dengan caj tambahan. Ini akan membantu dalam proses pindah dan mengangkat barang dengan lebih cekap.
Anda boleh memilih saiz lori yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Jika anda mempunyai barang-barang besar atau berat, lori dengan kapasiti yang lebih besar boleh digunakan. Begitu juga, jika anda mempunyai barang lebih kecil, lori berukuran lebih kecil juga boleh didapati.
Dalam Pindahman apps, anda boleh membuat order dengan lori kapasiti yang besar, membolehkan anda memindahkan banyak barang dalam satu perjalanan. Ini boleh mengurangkan masa dan kos perjalanan jika dibandingkan dengan perjalanan berulang menggunakan kenderaan peribadi.